Friday 9 February 2018

Pengalaman Travel

Hai, assalamualaikum kawan2 yang mengikuti hani...ape khabar hari ni?

Hari ni hani nak share pengalaman hani travel pada tahun lepas..

Alhamdulillah hani dan keluarga diberi peluang travel ke Sabah..tertunai sudah hajat anak2 dan paling best anak2 tak buat perangai ketika travel disana.

Ape yang hani belajar mengenai travel tu hani menjadi orang yang sangat penyabar dan bertenang dalam ape keadaan sekalipun (alhamdulillah hani diberi kekuatan dan ketabahan yang tinggi semasa travelkali ini) kerna diawal perjalanan hani diduga dengan dokumen anak tak bawa..

Keindahan yang paling best travel ke sana hani dapat menikmati cuaca yang sejuk (yang menyegarkan), nyaman dan keadaan yang tenang dari kesesakan di kota.

Bahasa mereka dengarnya agak kasar dengan berbahasakan aku..aku..tapi bila mereka bercakap lembutnya mendengarnya.

Gaya hidup mereka menginsafkan hani supaya lebih banyak bersyukur atas nikmat yang Allah berikan kepada hani sekeluarga. Mereka (orang sabah) nampak keadaan mereka macam orang miskin tapi mereka merendah diri.

Apepun dengan travel ini kita dapat belajar banyak perkara yang baru seperti meningkatkan kesabaran, ketabahan, berani mencuba untuk mengubah cara pemikiran dan gaya hidup..

Pesanan hani kita perlu untuk bercuti supaya kita akan selalu dapat memperbaiki kehidupan dengan perkara baru yang lebih baik..

#tsunamishaklee
#tsunami2018
#oshem22
#liveamazing
#ucanduit

2 comments:

  1. Bestnya pergi sabah..nak g jugak..naik belon..hehe

    ReplyDelete
  2. bestnyeeeee laa kan dpt tgk view mcm kat new zealand!

    ReplyDelete