Monday 23 October 2017

Ezema menyerang saya sekeluarga

Assalammualaikum dan salam sejahtera...sudah lama tak bersiaran diblog rindu memang rindu untuk mengarang tetapi apakan daya bila hp diformat dan tak berapa sihat...dengan ini rasminya blog pertama setelah menyepi...

Hanie ingin kongsikan sedikit permasalah kesihatan ezema yang Hanie hidap selama ini. Ezema Hanie ini bermula dari umur 9tahun lagi..tika ini Hanie memang tak menyangka bahawa Hanie merupakan seorang pengidap ezema..Ezema ini biasanya yang mengidap jika ada ahli keluarga yang mempunyai penyakit asma, resdung dan berkaitan alergik. Dalam keluarga Hanie..Hanie ingatkan Hanie seorang sahaja yang kena tetapi lagi meningkat usia makin ramai pula adik beradik Hanie diserang dengan penyakit ezema ini..antaranya abang dan adik yang no 5. Hanie mempunyai 6 adik beradik dan Hanie anak ke 3 atas Hanie, yang sulong kakak, no 2 abang dan no 4-6 adik lelaki. Selain dari kami bertiga, Hanie tak pasti samada meraka mengalami alahan ataupun tidak..tapi Hanie alahan pada cahaya matahari..
Sejak anak Hanie bersekolah Hanie pergi dan balik kerja menunggang motor jadinya 'on directly'nya tempat ezema Hanie akan kena pancaran cahaya matahari..opsss Hanie terlupa pula..kawasan ezema Hanie hanya pada belakang tangan sehingga pergelangan tangan sahaja, lain2 tempat bebas dari ezema..

Hanie pernah mendapat rawatan ketika usia 11@12tahun kira-kira pada tahun 1995@1996 di Klinik Pakar Kulit di Bangunan DBKL yang dihujung bangunan terdapat bank Maybank, ketika itu rawatan Hanie sebanyak rm150 hanya dapat 2krim sahaja iaitu krim siang dan malam.(krim ni sangat tak selesa sebabnya ia melekit dan berkilat) tapi demi kesihatan Hanie paksakan diri kalau tak tangan akan bertambah sakit...cuba bayangkan rawatan Hanie tika itu rm150. Dan bayangkan jika sekarang ini berapakah rawatan yang Hanie akan tanggung jika masih mendapatkan rawatan disana lagi?

Oleh sebab itu, Hanie rasa bersyukur sangat bila diketemukan dengan vitamin Shaklee ini kerana banyak sebab antaranya;

1) dapat membantu meringankan ezema yang Hanie tanggung selama ini,

2) dapat mengurangkan kos perbelanjaan untuk merawat ezema ini,

3) jika dolu duit hanya untuk ezema sahaja tapi sekarang bukan ezema sahaja dapat dirawat masih kesihatan badan lebih baik,

4) ubat ezema sekarang boleh kongsi2 dengan anak yang mengidapnya juga, dan

5) selain merawat ezema vitamin Shaklee ini memberikan 1001 keistimewaan lain pada Hanie dan keluarga terutama anak-anak Hanie yang membesar dan mempunyai alergik ezema. Anak-anak Hanie mempunyai IQ yang lebih bijak melangkaui usianya. Serta banyak lagi keistimewaan yang lain Hanie dan keluarga Hanie dapat.

Kisah ezema yang menyerang Hanie dari awal tahun hingga kini (April 2017) semakin pulih. Macamana ianya boleh pulih? Hanie mengambil sesudu Vivix setiap malam, vitamin c 4biji sehari, 2biji B Complex sehari dan kerap menyapu Krim Herbal Blend dapat kulit agar tidak kering. Pengambilan setiap hari memberikan kesan ezema Hanie cepat pulih..dengan apa yang Hanie makan, Hanie juga memberikan kepada anak Hanie yang mengidap ezema juga tetapi Hanie tukarkan sedikit B Complex kepada Omega Guard. Alhamdulillah dengan tawakal dan ikhtiar ini Hanie dan anak bebas dengan serangan ezema.

Ramai kawan hanie diluar sana yang mengidap penyakit ezema..hanie yang pernah laluinya tahu sakitnya ketika keradangan gatal2 berlaku..

Nasihat hani cubalah yang yang terbaik buat keluarga kita.

Ingin mencuba shaklee hanie edia membantu..

Hubungi hanie +6012-2309572

#setezema
#sakitnyabilaezemamenyerang
#ikhtiardengansetshaklee

Saturday 27 May 2017

Oksigen Lebih Dalam Badan

Assalamualaikum..

26 Mei 2017, paginya hari yang indah. Di opisku kami buat makan-makan untuk menyambut Ramadhan dan bersarapan pagi hari terakhir sebelum Ramadhan. Menu pagi ini nasi lemak ayam golek.. sedapnya tapi aku langsung tidak berselera mungkin disebabkan aku sedang sengugut. Pilihan aku hanyalah air teh tarik..

Sungguh tidakku sangka air teh tarik yang aku minum memudaratkan..bukannya aku tak boleh minum air teh tarik tu..malah ia merupakan air kegemaranku..selepas lebih kurang 20minit aku sakit2 badan, tengkuk dan dada..jadinya aku sapulah vick di dada, tengkuk dan hidung sebab aku merasanya tidak dapat bernafas dengan sempurna..aku berlari ke toilet dan terus muntah-muntah..

Selepas itu aku masuk semula ke opis dan buat sambung buat kerja..dalam lebih kurang 10minit aku merasakan tanganku sejuk sangat, dada dah ketat (susah nak bernafas), rasa kebas-kebas dari dada turun ke tangan dan naik pula ke muka rasa cam semut-semut maka mula aku rasa tak boleh bernafas, mujur masa tu aku dah panggil kawanku rasakan tanganku yang kebas-kebas dalam beberapa minit lepas tu kebas-kebas turun ke kaki...Ya Allah aku sungguh merasakan bahawa hari ini hari terakhirku di bumi ini...tapi fikiran aku masih waras dan boleh bercakap tapi agak perlahan..semua kawan opis menolong meringankan kebas-kebas diseluruh anggota..makanya kawan aku menelepon ambulan untuk pick up aku di opis.. (sepanjang usia dah 30-an ni ini kali 2 naik ambulan..aku dalam keadaan sedar tak sedar tapi aku masih mendengar setiap apa yang mereka katakan)..

Sampai di klinik (RSAT -Rumah Sakit Angkatan Tentera) aku dibantu oleh mereka dalam bahagian perubatan..cepat mereka buat, ambil darah, cek jantung, masukkan ubat dan lain-lain...dalam pada itu aku hampir separa sedar dan doktor mengatakan bahawa sakit aku ini ialah Oksigen Terlebih Dalam Badan nama dalam perubatannya aku tak pandai nak menyebut maap ye.. tapi inilah kali pertama aku alaminya..rasanya seakan-akan nyawa bagaikan diragut perlahan-lahan..Ya Allah Engkau masih sayangkan aku lagi untuk berada di bumi ini untuk menunaikan amanahmu untuk membesarkan anak-anakku..anak-anakku mempunyai 3 orang yang sulong berusia 7tahun dan yang bongsu 3tahun..

Setelah lebih kurang 2jam aku dirawat di RSAT doktor izinkan aku balik tetapi doktor menasihatkan supaya yang terlampau stress dan banyakkan berehat..

Dalam masa berehat aku diserang sekali lagi..akhirnya aku telan  Peppermint Ginger dan Vivix alhamdulillah rasa lega dan kurang rasa sakit yang mencengkam.

Motif of story..jagalah kesihatan diri kita. Kerana bila dan dimana kita akan sakit tidak pernah kita tahu. Jagalah pemakanan seharian kita supaya tidak memudaratkan badan. Bukannya nak cerita bila sakit ambil supplement tetapi kita perlu ambil sentiasa untuk kesihatan badan kita.

Tuesday 23 May 2017

Apom Susu Mudah

Assalammualaikum..

Mama Hanie ni sejak mengandungkan anak ketiga gemor bebenornya memasak.. tapi memasaknya bukan jenis lauk-pauk sebaliknya gemor buat kek simple-simple, apom-apom cam apom susu ke, roti kukus @ bakor ke makan dengan sos kastat peerhhh sedapnya..

Sejak dari itu asalkan anak-anak ada majlis mama Hanie akan mula la mengukus apom susu..tapi masalahnya buatnya 2 loyang kecil ja 8x8...seloyang dah habis ater camne ke gayanya...bagi je la mana yang ada..udoh niatkan teruskan je la..

Apom susu mudah versi mama Hanie senang ja bahan-bahannya..

Ade ke yang berminat nak mengukus apom susu versi mama Hanie yang mudah dah sedap hingga licin loyang bak hang...

Ok la mama Hanie kongsi sini je la resepi apom susu mama Hanie..

Bahan-bahannya;
5 biji telur ayam gred B
1/2 cawan gula putih
1 sudu besar ovelete
1/2 tutup perisa vanila
* 4 sudu besar susu pekat
** 2 cawan tepung gandum yang diayak
*** pewarna kesukaan..pilihan mama Hanie (biru, pink, kuning) {biru+pink=purple, biru+kuning=hujau, campuran warna pilihan mama Hanie..menarik dan ceria....pesanan khidmat jangan bubuh warna tu terlalu banyak...tak baik untuk kesihatan}.
[Cukup bahan-bahan ni bolehlah membuatnya].

Cara bancuhannya;
1) masukkan telur, gula, ovelete, perisa vanila mixed sampai gebussss.
2) kemudian masukkan susu mixed hingga sekata dan akhirnya masukkan tepung.
3) Bahagikan ikut warna kesukaan korang ye..3/4/5 warna. Suka hati la..janji lawoo.
4) Tuangkan ke dalam loyang /bekas yang cantik serta berselang-selikan warnanya sehingga habis..selepas itu, lorekkan dengan lidi dari luar ke dalam (tengah) dan dari dalam (tengah) ke luar...jadilah bentuk bunga...
5) Opppsss maap terlupa sebelum tu panaskan pengukus ye sebelum nak mengukus.
6) Pengukus dah panas masukkan loyang dan kukus sehingga masak lebih kurang 10-15minit mengikut besar yang dikukus..
7) Siap dan boleh di ngappp...perrhhh sedapnya..sedar-sedar dah habis..

Kalau tak paham boleh kita chat-chat sini www.wasap.my/0122309572

Saturday 13 May 2017

Kisah anak kena demam Chicken Pox

Tanggal 5 Mei 2017...

Mama sibuk untuk persiapan Treasure Hunt Rumah Oren kat Bukit Nenas..maka mama balik lambat..sebelum tu papa dah mesej kata baby cari-cari mama sebab nak tidur.

Mama balik rumah lebih kurang 2pagi..mama sampai rumah basuh muka, kaki dan tangan. Sebab mama balik dah lewat malam. Selesai mama ambil baby dari tidur dengan papa...Ya Allah anak mama demam ke? Maapkan mama sayang..adoii camne la esok ni mama kena keja gak...adoii baby..pls sayang..

Esok paginya mama kena pergi gak...papa kata mama pergi dolu nanti papa hantar baby kemudian bagi baby tidur lu..sebab baby baru ja lena subuh tu..

Sampai baby di Bukit Nenas mama rasa masih panas..muka naik bintik-bintik dan telinga merah..tanya pada papa kenapa telinga baby..papa kata baby mengadu sakit kat telinga yang merah tu...so mama sapu la Krim Herbal Blend mana tau kot lega sikit sakitnya..

Malam tu kena pergi tahlil arwah tok che su lak kata Cheras Downtown..sepupu mama kata baby ni Chicken Pox..haaa sudah mama kerna pergi hospital ni untuk pengesahan..esoknya papa dan mama pergi hospital sah baby Chicken Pox. Maka mama kena la cuti. Alhamdulillah kerajaan bagi mama Cuti Kuarantin untuk menjaga anak yang sakitnya berjangkit.

Kisah anak mama Chicken Pox hari ketiga dah nampak bintik-bintiknya makin kering tapi yang keluar, keluar lagi..hari kedua Chicken Pox baby dah keluar banyak, mama bagi minum air kepala muda, tok Siti kata kena bagi sup ayam kampung rupanya bagi sup ayam kampung Chicken Pox keluar makin banyak..papa carikan daun semambu dekat rumah kawan papa kat Taman Seroja..mama lupa pula nama kawan papa tu..apapun tima kasih kawan papa yang sudah siap ambilkan daun ni dan pas kat papa..

Bermula la..minggu mama melayan gatai-gatai baby, meragam baby, mengada dan terlajak manja.. mak mama (tok Siti) kata sakit ni tak boleh disergah-sergah nanti Chicken Poxnya terbantut nak keluar... tok Siti ada kata gak kena mandikan dengan Pokok Bayam Berduri untuk bagi badan baby sejuk..almaklumlah Chicken Pox ni suhu dalam badan panas..jadinya tok Siti pun cari dan jumpa maka kami anak beranak semua mandi air rendaman Pokok Bayam Berduri..memang sejuk pun...sepanjang baby sakit/demam ni kesabaran mama memang tinggi dengan kerenah baby ni..tambahan lagi abang-abangnya rajin menyakat sebab cemburu...

Hari ke-5 baby Chicken Pox bintik-bintik dah makin kering. Hari ni mama bagi Nutriferon kat anak mama..tak sangka mama lepas mama bagi Nutriferon bintik-bintik tu makin cepat kering..sepanjang baby kena chicken pox ni mama sapu Herbal Blend dan bedak sejuk..

Mama doakan semoga anak mama Nur Hanis Sofea cepat sembuh dari Chicken Pox ni...dan janganlah berjangkit lagi dekat abang-abang..sebabnya abang-abang ada periksa tengah tahun.

Kisah mama pestime yang anak kena demam campak (chicken pox).

Dengan ini mama suggestkan kat korang yang mana anak atau suami atau diri sendiri cuba dengan cara tradisional dan moden untuk mempercepatkan demam ini sembuh dan bintik-bintik cepat kering..

Ingin dapatkan Nutriferon dan Krim Herbal Blend boleh wasap mama ok..

www.wasap.my/0122309572

Wednesday 1 February 2017

Vitamin Jatuh Cinta

Pertama kalinya mencuba Shaklee hanyalah 2 produk kecil yang hebat. Mengambil produk shaklee ketika awal kehamilan anak ketiga. Kiranya sebulan selepas membuka buku merah (buku kehamilan) saya terus mengambil produk shaklee..

Alhamdulillah semasa check-up bulanan keputusan pemeriksaan kandungan sangat memuaskan dan kandungan sihat. Bila kandungan sihat sudah tentu la ye ibunya pun sihat.

Kandungan kali ini sangatlah istimewa dirasakannya kerana tidak sekali pun terkantoi dengan masalah keputihan, kencing kotor dan masalah krem (kejang) kaki. Berbanding mengandung yang sebelum-sebelum ni setiap kali check-up bulanan ada keputihan dan krem kaki selalu berlaku..bila ini berlaku Ya Allah bertapa sakitnya dibahagian ari-ari (atas kemaluan) rasanya menyucuk2 je..sakitttt...bila cakap dengan suami..mmm mmm je jawapannya atau pun jawapannya nak buat ape? Abang bukan tau pun nak buat ape2... adoi la sakitnya dari sehari ke sehari dan berbulan malah sehingga bersalin..tapi kandungan kali ini seronok bukan kepalang..

Apa 2 produk yang saya jatuh cinta tu ye..lupa pula nak bagitau..ok xpe2...ni nak bagitau namanya ialah Ostematrik dan B Complex. Ostematrik ni ia merupakan Kalsium yang membekalkan Magnesium dan Vitamin D. Dengan pengambilan kalsium yang lengkap untuk ibu hamil dan kandungan insha Allah krem kaki dan sakit pinggang tidak sakit lagi..sakit pinggang mengandung tu biasalah memang sakit tapi sakitnya tidaklah sakit sangat. B Complex pula plus Asid Folic yang diperlukan oleh ibu hamil dan kandungannya. Asid Folid diperlukan oleh bayi dalam kandungan itu untuk saraf tunjang bayi dan pembentukan bayi. Alhamdulillah pengambilan ini saya ambil sehingga bersalin..paling rasa yang luar biasanya pula ketika sakit 'construction' nak bersalin sakit pinggang tidaklah berasa sakot sangat malah tempoh untuk bersalin pun tidak terlalu lama.. pengalaman bersalin pertama 12jam dilabour room ini disebabkan laluan lambat buka..sakitnya lama..Allahuakhbar...tapi bersalinkan anak ketiga ni cepat ja..malah terus merasakan ingin mengandung lagi lagi dan lagi...

Buat sahabat yang sedang hamil, yang ingin hamil dan sedang menunggu hari untuk bersalin saya sangat sarankan cubalah Ostematrik dan B complex ini... inilah yang paling bajet bagi Vitamin pilihan..andai ade extra bajet saya syorkan ambillah set hamil dan set berpantang yang lengkap agar badan lebih bertenaga dan sihat.

Ingin mendapatkan produk shaklee boleh hubungi Hanie 012-230 9572. Ingin COD saya berada disekitar Ampang, Keramat, Setiawangsa, Wangsa Maju, Pandan Indah, Pandan Jaya dan sekitar dengannya. Malah seluruh Malaysia dan Dunia pun boleh dibuat penghantaran.

#ostematrikdanbcomplex
#setbajethamil
#ostematrikkalsiumyanghebat
#bcomplexplusasidfolic
#ostematrikpromosifeb2017
#ostematrikbeli6percuma1
#ostematrikbeli2diskaun5%
#bcomplexpwngantipanadol