Saturday 26 December 2015

Kelebihan LECITHIN

Bulan Disember 2015

Penghapus kolestrol...maap ye kawan2..sikit pun tak terniat nak memperkecilkan orang yang besooo ye.... nak gtau ni..kolestrol bukan untuk orang yang besooo je tau tapi orang yang kurus pun ade kolestrol...malah orang yang kurus lebih tinggi kolestrolnya berbanding orang besooo.... Kolestrol ni sedia maklum yang kita tahu banyak penyakit terjadinya dari kolestrol..malah kalau kawan2 nak tau batu karang pun terjadi dari kolestrol..

Nak dengar tak citer, banyak lagi ape yang bole menghapus kolestrol ni ialah LECITHIN.. nak tau tak yang LECITHIN ni bagi 13 manfaat/kelebihannya...meh rapat2 sikit bacanya...ok kita teruskan...

LECITHIN ini pun sebenarnya lemak jugakk..LEMAK?? jadi dh lemak buat ape nk makan lemak lagikan...eeiiisshhh pelik la... LECITHIN NI "pengemulasi semulajadi" kerana ia memberi kesan melekat pada lemak @ ayat yang mudah pahamnya menyebabkan lemak itu terapung dalam darah dan mencegah lemak dari melekat kat dinding membran.

LECITHIN diekstrak dari kacang soya bukan-GMO, sebiji 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol.

Jom kita dalami ape 13 kelebihan LECITHIN

1) LECITHIN sebagai pelarut untuk kolestrol (awaii lagi lecithin dh citer pasai kolestrol), triglicerid dan lemak2 lain. Supaya ianya dapat mencegah pelbagai penyakit antaranya high blood pressure, strok, jantung dan arteri yang mengeras..Ada sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan sehingga 6000mg-7000mg shari jika menghadapi penyakit2 ini..

2)  LECITHIN amat sesuai utk yang ingin berdiet dan langsing sebabnya ia bertindak sebagai mengemulasi lemak @ memecahkan lemak. LECITHIN bole bertindak dengan cepat sekiranya disusuli dengan senaman yang sesuai, pengambilan sebanyak 4000mg shari membuahkan hasil yang diidam-idamkan...

3)  LECITHIN merupakan peranan UTAMA dalam penyerapan zat2 penting dari salur darah ke dalam sel2 badan yang lain. LECITHIN yang tidak mencukupi akan mengakibatkan membran sel mengeras dan menyukarkan proses penyerapan zat. LECITHIN ini diperlukan oleh badan tapi ia tidak dihasilkan oleh badan. Apakah faktor yang menyukarkan penyerapan ini adalah terdiri dari bahan2 kimia dari persekitaran yg tcemar, dadah (pengambilan ubat2an), food additives, pesticodes dll. Bagi meraka yang memilih untuk memgambil LECITHIN merupakan pilihan yang bijak..

4) LECITHIN membantu mengurangkan dan mencegah  penyakit berkaitan HATI kerna ianya melindungi HATI dari enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati

5) LECITHIN merupakan sebahagian dari unsur yang memgelilingi fiber saraf. Tanpanya, fungsisaraf kurang efisien contoh bagi meraka yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, stress, PMS dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil LECITHIN.

6) LECITHIN membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan melindungi dari serangan virus, germs, bakteria. Disamping itu, struktur LECITHIN melindungi sel dari teroksida.

7)  LECITHIN dikenali sebagai makanan otak  dan saraf. Ia mbantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainka peranan dalam neuro transmitter (bkaitan short term memory). LECITHIN mampu mengurangkan dan mencegah senility (nyanyuk)/ alzheimer. Sesetengah pakar menyarankan mengambil 7000mg shari untuk membantu memulihkan sistem ingatan.

8)  LECITHIN dikatakan sumber hormon  neurotransmitter dimana ia menggalak proses tidur jika kekurangan hormon ini akam berlakunya insomnia

9)  LECITHIN menghalang terjadinya batu karang dan tekanan darah tinggi dimana ianya berfungsi untuk menghalang arteriosklerosis, mengalakkan peredaran darah.

10)  LECITHIN sebagai pelincir bagi sendi2 dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang untuk diperlukan sistem penghadaman

11) LECITHIN untuk mencantikkan otot dan kulit dimana ianya membentuk membran sel, melembabkan  dan mhaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan

12) LECITHIN menyerap vitamin yang larut-lemak dimana ia membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut-lemak

13)  LECITHIN boleh memperbaiki prostat lelaki dimana kajian membuktikan masalah prostat dan urethra lelako dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti LECITHIN yang banyak.

Ada sesetengah pencinta LECITHIN mengemarkannya kerna ianya membantu untuk meringankan sembelit kerna LECITHIN adalah pelembut najis yang berkesan dan melembabkan usus agar mudah meleraikan toksin didalam usus...

Wow..kawan2...banyaknya kelebihan dan kehebatan yang diberikan oleh LECITHIN..jadi kawan perlu tunggu ape lagi...cepat la dapatkan LECITHIN hari ni...sebekum berakhirnya bulan DISEMBER 2015..

Ingin dapatkan LECITHIN segera hubungi saya +6012-2309572...

Tuesday 1 December 2015

Tentang kesihatan jangan ambil mudah

Hari ni 1 Dis 2015, minggu kesihatan kat opis saya..di MINDEF..

Alhamdulillah kali ni buat pemeriksaan kesihatan bertambah baik dari sebelum ni iaitu pada 18 Oktober 2015 yang saya postkan dalam blog saya sebelum ni...

Q : Kenapa pentingnya membuat pemeriksaan kesihatan??

A : Pentingnye sebab kesihatan bukanla sesuatu untuk kita buat ujikaji...maksudnya kita bukan la bole menguji sejauh mana kita betul2 sihat...dah dapat penyakit baru nak mencegah merawat dan mengubati...masa ni agak terlewat skit kebarangkalian untuk sembuh atau baik seperti sediakala tu tengok pada jaga atau tidak makanan seharian...

Pentingnye sebab kesihatan tu membolekan kita untuk hidup lebih bahagia...lebih gembira...maksudnya tak ade la kita dok memikirkan tentang itu kita tak bole makan ini kita tak bole makan..hati tak tenteram ja..gelisah sebab aku dah sakit...

Pentingnye sebab dengan kesihatan kita mampu melakukan ape sahaja terutama solatnya, kerja sehariannya malah bebas utk ke mana sahaja dan lakukan apa sahaja tanda nak memikirkan tentang kesihatan...

Cukup la saya bagi alasan saya kenapa pentingnya kesihatan pada tubuh kita...

Apepun saya doakan rakan2 sekalian sentiasa diberikan kesihatan yang sihat dan baik...

Serba ringkas saya nk sharekan mengenai kesihatan yang bole membantu rakan2 jika ingin menyelesaikan masalah kesihatan

Diabetis / Kencing Manis - ESP, OSTEMATRIK, VITA LEA & B COMPLEX

Kolestrol - PHYTOCOL-ST & OMEGA GUARD

Migrain/Sakit Kepala - OSTEMATRIK & B COMPLEX

Tekanan Darah Tinggi - GARLIC, B COMPLEX, SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS

Hati - DTX COMPLEX

Jantung - CoQHEALTH

IQ Si Manja - MEALSHAKE & OMEGA GUARD

Kesuburan Lelaki & Perempuan - GLA COMPLEX, ZINC, ALFAFA & VITA E COMPLEX

dan byk lagi yang lain2 sekira inginkan bantu bole dail pada nombor ni 6012-2309572 haniliza

Friday 13 November 2015

Hati bebunga-bunga

Bola hati bebunga-bunga seronoknya sepanjang hari... bila lahirnya anak jutawan hati bebunga-bunga seperti bunga sakura jatuh ke tanah...dimus sejuk...

Saya bebunga-bunga kerna masih ramai lagi memilih untuk hidup lebih sihat...tak kiralah sihat dari segi ape sekalipun...kita ni sebenar nampak sihat tapi korang tau tak?? Resdung, sakit sendi, jeragat lenguh2 badan dan lain2 yang ringan tu semuanya sakit tapi sakit ringan la...ia belum lagi ketahap yang lebih serius...ape yang dimaksudkan dengan lebih serius tu contohnya resdung..bila menjadiblebih serius jerawat batu bata akan keluar dengan meriahnya...alahan untuk makan makanan laut (seafood)...pantang bila berabuk skit dan lain2...tu semua bila dibiarkan lagi bermaharajalela la resdung tu memguasai diri kita jadi ia juga akan menyukarkan kehidupan seharian kita antaranya bila jerawat batu2 dah keluar keyakinan diri kita merudum..kita rasa kita tak layak untuk bercinta..kita rasa dunia bukan untuk kita...malah ade yang sanggup berpurdah semata2 untuk menutup jerawat yang bertahtar diwajah kita..(maap saya tak ade pun nak mengaibkan orang berpurdah tapi saya nak bercerita tentang hilangnya keyakinan diri bila jerawat batu2 menguasai wajah)...saya disini hanya ingin mengajak kenalan disini untuk sama2 menjaga kesihatan kita...

Ape yang membantu anda untuk kelihatan lebih keyakinan dengan wajah yang bersih dan sihat...
Anda hanya perlu mengambil set alahan iaitu alfafa, sustained release vita c plus dan b complex...
Apa yang diberikan oleh 3 item tu pada kita untuk membantu mengurangkan ganggu jerawat tu...saya bole kongsikan bersama kenalan sekalian... jom bersama saya di talian 0122309572 haniliza (bole hubungi saya bila2 masa 24jam sehari)

Monday 9 November 2015

Bila anak2 suka makan masak lemak

Semalam punya cerita bila anak2 request nak makan udang masak lemak...mama pun dengan senang hati turutkan sebabnya ia mudah ja...

Usah masakan udang dan sayur siap la untuk dihidangkan dan dinikmati bersama anak2..(maap ye papanya tak balik lagi bekerja..bila malam papanya pergi menolong orang tuanya meniaga... bukannya kami tidak bole menunggu tapi papanya balik lewat malam..)

Apa la sangat permintaan anak nak makan udang masak lemak tu...masakkan santan dan masukkan udang yang penting jangan pedas...mama kene la terima bahawa anak2 masih kecil tidak bole makan pedas..mama ok ja...di meja makan bila si abang2 haziq dan harith nak menyuap makan sendiri dah pasti la si adik/si baby pun nak suap sendiri...adik baru ja dituangkan kuah ke nasi adik sudah angkatkan pinggang nak hirup kuah....eemmm alahai adik pandainya....tapi xbole lagi dik nasik banyak lagi...geli hati melihatnya...tengah2 makan di mainnya..nakkan si baby makan mama kene pandai main peranan kena pandai jet baby nak makan nasik baby..baru la baby nak makan...seronok tengok anak2 makan...alhamdulillah abg harith pun pandai makan sendiri..bertambah2 la...sampaikan mama dan abg long haziq dah selesa abg harith masih makan...mama habiskan nasi cepat2 sebab nak snap moment yang best..bukan selalu anak2 mama makan angkat pinggang hirup kuah dalam pinggang...jadi mama pun snap la gambar anak bujang dan dara mama makan utk jadikan kenangan mama bila anak2 mama dah besa...mama merasakan anak2 mama kini dah besa sebab biasanya mama masak udang dalam 12 ekor ja ..bajet tapi malam ni mama masak 20 ekor balance 4 ekor ja...nampak tak kat citu anak2 mama dah besa dan makan dah banyak...xpe mama suka janji anak2 mama makan banyak....

Mama bersyukur sangat kali ni anak2 mama makan tanpa ade masalah...antaranya masalah biasa yang datang abg harith muntah kat meja makan dan baby tumpahkan air kat meja makan..pastu habis berkecah2 (bersepah) lauk2 baby sofea main...tapi malam ni anak2 mama makan dengan baik sekali....agaknya sel2 otak anak2 mama dah berhubung dengan baik sejak mama membekalkan Omega Guard pada anak2 mama...

Mama sangat berbangga kerna kini mama tidak lagi perlu memaksa anak2 mama makan nasi dan vitamin malah vitamin Omega Guard anak2 mama buat kunyah macam makan gula2 getah...

Mama love uoll sayang...terima kasih Allah kerna meminjamkan anak2 hebat ni untuk mama dan papa..mudah2an anak2 hebat ni berjaya dunia dan akhirat....

Monday 2 November 2015

Anak dara yang suka Omega Guard

Alhamdulillah bersyukur sangat kerna memiliki anak2 yang tak takut ubat...terutama anak dara mama sorang ni..baru berumor 1 tahun 8bulan...tapi peminat dan pencinta setia dengan ubat or vitamin..bukan vitamin c je yee..tapi pelbagai vitamin....

Bila sebut ja vitamin..ramai yang terpikirkan vitamin c sahaja...sebenarnya bila usia anak menjangkau 1 tahun ja kita digalakkan untuk membekalkan vitamin2...xkira la apepun vitaminnya...seperti vitamin c ke? vitamin yang mengandungi DHA&EPA ke? Multivitamin ke? semua jenis vitamin bole bagi...tak ade masalahnya.

Jika kawan-kawam diluar sana ingin mengatakan bahawa anak2 kecil ni tak perlu dengan vitamin-vitamin, bole kawan-kawan jelaskan kenapa anak2 berusia 1 tahun ke atas tak perlu vitamin-vitamin tambahan ini?

Klo penjelasan dari saya camni.... anak2 yang membesar memerlukan makanan yang seimbang yang cukup keperluan untuk tumbesarannya cam sayur-sayurannya, buah-buahan serta ikan, telor dan daging maksudnya cukup proteinnya, kalsiumnya, galian dan sebagainya...kenapa anak2 yang berusia 1tahun ke atas perlunya vitamin-vitamin ini kerana bila usia anak2 meningkat banyak sel2 dalam badan anak2 akan berhubung antara satu sama lain...jadi untuk menghubungkan sel2 dalam badan anak untuk lebih bergerak aktik dan cepat kita sebagai ibubapa perlulah mencari sesuatu yang terbaik untuk meningkatkan IQ anak-anak....selain IQ kita juga membuat persediaan awal supaya anak2 mudah untuk menerima pembelajaran dan pendidikan awal dan mudah untuk meningkatkan ingatannya.

Saya mulakan pada anak perempuan saya seawal 1 tahun...pada asalnya untuk menambahkan berat badan tapi lama-kelamaan saya mencari untuk IQ dan EQ...sungguh pun anak2 sudah dibekalkan IQ tapi EQ kene seiring dengan IQ agar anak2 lebih berjaya dengan kreatif..

♥ mencari sesuatu yang terbaik untuk minda anak2...kenapa perlu tunggu lama..amik omega guard yang mbekalkan EPA&DHA...(dimana ianya bertujuan untuk meningkatkan ingatan dan mengelakkan keradangan)

 - apa yang dikatakan mengelakkan keradangan seperti kanak2 yang kerap batuk akan jadi berkahak bila berkahak ia akan menyumbatkan saluran pernafasan dan ianya akan berlaku kanak2 mendapat asma...perkara ini bukan kanak2 ja tetapi ade juga orang dewasa yanh boleh mendapat asma jika ianya ambil mudah dengan batuk yang berpanjangan.

Hujung tahun musim tengkujuh

Penghujung tahun merupakan musim tengkujuh...sema rakyat Malaysia sedia maklum bila musim tengkujuh...ade sesetengah negeri sangat riso bila sampai musim tengkujuh...biasanya yang riso orang2 tuo la...sebab nak hadap banjir..klo banjir yang sikit2 tak pe la tapi ni banjir habis tenggelam rumah dan persiapan sekolah anak2.. bila dah nampak hujan tak benti2 harus la untuk persiapkan barang2 rumah atau keperluan disimpan tempat yang selamat dan mudah diambil agar ianya tidak dibawa oleh arus air bah...diharapkan moga tengkujuh kali ini tidak la teruk...

Selain air bah macam2 masalah lain akan datang contohnya batuk..demam..selesam..sakit2 badan semua bole datang tanpa di undang...tapi sebelum semua tu nak datang dekat baik kita persiapkan diri dengan "PENGHALANG PENYAKIT iaitu "NUTRIFERON & PERFORMANCE DRINK...
Kenapa NUTRIFERON & PERFORMANCE DRINK? Sebabnya Nutriferon merupakan membantu untuk menguatkan imunisasi badan..biasanya kalau musim hujan badan kita akan berasa lemah, lemau dan sengal2 jadi sebelum ianya melarat lebih teruk kita persiapakan diri dengan imun badan ni...
Dan
Performance Drink pula membantu supaya badan kita cukup dengan air..agar bendalir dalam badan sentiasa cukup..jika berlakunya kekurangan air dalam badan ketika musim hujan ni pelbagai penyakit mudah dapat...tambahan musim hujan cuaca pun sejuk je jadi akan berlaku kekurangan air akan diambil...

Nak citer sikit dengan musim tengkujuh ni...bukan dimaksudkan tengkujuh tu banjir sahaja tapi musim hujan..ade sesetengah tempat hujann tak berhenti tapi ade sesetengah tempat hujan panas..jadi dengan keadaan cuaca begini banyak bole mengundang antaranya demam denggi..baru2 ni kakak saya sendiri kene demam denggi sudah seminggu baru doktor kata kene denggi positif...bila dengar cerita dari kakak sangat la kecewa dengan perkhidmatan hospital putrajaya..akhirnya kakak saya pergi ke kpj kajang untuk dapatkan rawatan...semasa kakak saya ditempatkan di kpj kajang saya bekalkan pada kakak saya NUTRIFERON, PERFORMANCE DRINK & B COMPLEX...tujuannya hanya untuk menaikkan plate red dan memberikan semula tenaga akibat disebarkan denggi dalam badan..alhamdulillah masa masuk ke hospital plate red kakak saya 56 hari isnin..hari kakak saya keluar hospital rabu plate red kakak saya naik sehingga 120...alhamdulillah...kakak dibenarkan keluar hospital....

Jaga la kesihatan diri ketika musim tengkujuh ini...

Merawat lebih baik dari mengubati...jangan dah terlewat baru nak mencari sesuatu yang terbaik...

Ingin dapatkan khidmat nasihat mengenai produk Shaklee bole hubungi saya 6012-2309572 haniliza...tidak dikenakan sebarang charge tersembunyi...

Monday 26 October 2015

Seronoknya bila anak2 suka makan vitamin sihat

Seperti biasa anak2 merupakan cerita yang mama akan kongsikan bersama pembaca mama...

Memiliki anak yang dianugerahkan kepada mama dan papa sangat tidak ternilai...terima kasih YA ALLAH kerna meminjamkan anak2 yang comei...cantik..hensom dan bijak2 kepada mama dan papa...

Alhamdulillah sangat, sebab itu pun selepas mama berjumpe dengan sesuatu yang lebih baik untuk kita sekeluarga...tak sangka dengan pengambilan mama ketika 'preggy'kan baby sofea pada September 2013 melahirkan insan or anugerah yang sangat hebat...apa yang hebatnya...

Mari dekat2 hayatinya....
♥ sepanjang kandungan, mama sihat TANPA sebarang masalah kesihatan seperti krem kaki, sakit pinggang, sakit badan, keputihan, kencing kotor, kencing manis dan sebagainya yang biasa dialami ketika mengandung...

♥ mama lebih sihat..

♥ 9 bulan kandungan mama dilalui sangat cepat..ibadatkan masa itu sangat mencemburui mama untuk membawa baby...

♥ pada tanggal 19 februari 2014 mama telah keluar tanda 'darah' tapi sakit tidaklah kerap biasa2 ja...mama mengajak papa ke hospital untuk membuat pemeriksaan adakah baby sofea ingin keluar..lebih kurang jam 9 lebih mama dan papa sampai ke hospital..mama buat laporan pada 'nurse' bertugas bahawa mama dah keluar darah...baru ja mama nak duduk 'nurse' dah panggil mama untuk salin pakaian..untuk berjumpa dengan doktor...dan doktor membuat pemeriksaan laluan sudah buka 3cm..Alhamdullilah patut la sakit2...moga dipermudahkan hendakNYA...Jam menunjukkan pukul 10.30pagi mama dihantar ke wad kerna 'labour room' penuh...mama berada di wad sehingga pukul 11.30pagi ja sebab mama dah sakit sangat...dan sekali lagi mama diperiksa oleh 'nurse' dan bukaan mama dah 7cm...YA ALLAH begitu cepat bukaannya..mama diminta untuk menyalin pakaian lagi sekali untuk ke 'labour room' dalam perjalanan ke 'labour room' mama pun menelefon papa untuk memberitahu mama dah ditolak ke 'labour room'...sementara menunggu papa lebih kurang pukul 12 tghari..doktor pun datang untuk memecahkan air ketuban...cepatnya baby sofea nak keluar...Alhamdullah tepat pukul 1.30tengahari baby sofea selamat dilahirkan...SYUKUR KEPADAMU ATAS SEGALANYA DAN MEMUDAHKAN UNTUKKU MELAHIRKAN ZURIATKU... selesai semua tu pada pukul 4petang mama ditolak keluar dari 'labour room' ke wad...lebih kurang 1/2jam selepas tu doktor buat pemeriksaan dan doktor mengatakan mama n baby xde masalah..dan sekiranya baby dah buang air besar n kencing mama dan baby bole balik...haaa..balik...syoookkk ooo... waktu melawat biras orang pertama berjumpe dengan baby baru...selepas biras balik dalam pukul lebih kurang 6 ptg..tak lama lepas tu baby sofea pun membuang air besar n kencing n dalam pukul 7 petang mama dan baby dibenarkan balik ke rumah...syukur alhamdulillah mama dan baby tak perlu tido hospital sebab baby tak sabar nak jumpe dengan abang2nya...

Alhamdulillah kini baby sofea sudah pun 1 tahun 8bulan...ape yang sofea bijaksananya...sepanjang usianya dari lahir hingga kini usia 2bulan 1/2 baby sofea dah tumbuh gigi dan dah meniarap....baby sofea merangkak tak lama kejap ja..dan paling syoknya genap usia baby sofea 1tahun 1bulan baby sofea berjalan dengan permulaan langkahnya dapat 5/6 langkah...sungguh terharu mama...

Usia sofea 11bulan mama sudah membekalkan sofea dengan mealshake + omega guard...alhamdulillah bertambah2 nampak progressnye...bijak sangat..kini bila nampak ja botol chewable vita c, vita lea kids dan omega guard tak lain dah keliar dari mulutnya..." mamaaa..nakk taminn..taminn)cuba la klo tak bagi pasti dimarahnya kita...kini bukan baby sofea sahaja yang sukakan omega guard, chewable vita c, vita lea  dan mealshake...tetapi menjadi pilihan abang2nya...bila habis mama kene tahan telinga dengan permintaan anak2 untuk standbykan vitamin mereka...

Omega guard kini dah menjadi gula2 gelat buat anak2 mama...tak perlu makan dengan air MALAH hanya kunyah dah telan ja...perrhhh memang terbaik la anak2 mama...mama pun xmampu nak buat cam tu...mama bole telan ja...

Syukur anak2 menyukai vitamin sihat..saya berbangga bila anak2 makan vitamin sihat ini..

VITAMIN SIHAT VITAMIN SHAKLEE DIYAKINI SENTIASA SELAMAT, SENTIASA BERKESAN DAN ALAM SEMULAJADI...

pilihan ditangan anda..anda yabg menentukan yang mana lebih baik untuk kehidupan dan keluarga anda..

#andainginmemilikishakleehariinihubungisaya0122309572
#andasihatbersamashaklee
#codampangpandanindahpandanjayapandanmewahbandarbaruampangseluruhkeramat
#codklcherasflatwangsamajusetiawangsadanberdekatandengannya
#seluruhduniajugaboledibuatpenghantaranmelaluipos

Thursday 15 October 2015

Pentingnya pemeriksaan kesihatan

Kenapa pentingnya pemeriksaan kesihatan??

Pentingnya pemeriksaan kesihatan supaya kita dapat mengetahui sejauh mana kita ni betul2 sihat....dan pemeriksaan kesihatan ni juga banyak dikelaskan yang mana kita kene tahu keutamaannya...pada saya tidak kira la apepun pemeriksaannya tapi yang PENTINGNYA kita buat pemeriksaan tak kisah la pemeriksaan darah ke, gula ke, jantung ke, tahap dalaman ke, kandungan air ke dan macam2 lagi la..(saya sekadar meningati sahaja kerna saya sudah membuat pemeriksaan)

Untuk ape nak buat pemeriksaan kesihatan supaya kita...

♥♥ mengetahui sejauh mana tahap kesihatan dalaman kita

♥♥ mengetahui ape yang patut dilebihkan dan dikurangkan pengambilannya

♥♥ mengetahui berat badan kita setakat mana yang bole capai

♥♥ mengetahui kandungan gula, tekanan jantung, tekanan darah dan sebagainya yang berkaitan...

Saya bukakan topik ni kerna saya yang baru 1tahun lebih ni sedang mencari yang sihat untuk diri sendiri dan keluarga...tambahan saya ni sudah pun berumahtangga dan telah melahirkan 3 orang cahaya mata...jadi pemeriksaan kesihatan WAJIB saya lakukan untuk insan2 yang saya sayang..jika bukan saya yang menjaga siapa lagi...(saya sebenarnya bukan tak pernah membuat pemeriksaan tapi 8tahun yang lepas masa tu masih anak dara gitu..badan pun kecik comei ja..tapi kini bila sudah berumahtangga banyak bahagian dh mengembang...jadi saya sebagai seorang isteri, ibu yang bekerjaya kene mencari sesuatu agar lebih betul2 sihat....)

Pemulaan saya untuk menjaga kesihatan adalah disebabkan sikap keterbukaan kawan pejabat menegur mengatakan badan saya semakin kembang yang membuatkan saya rasa tak syok...bila saya kerap bersalin saya sendiri rasakan bahawa badan saya dah makin sihat...aaaaiiisshhh xbole jadi ni sebab saya rasa semakin penat untuk membawa badan yang dipenuhi dengan LEMAK2 TEPU ....saya tak nak menyimpannya lagi saya harus mencari sesuatu untuk membuangnya jauh...

Alhamdulillah saya telah berkenalan dengan PRODUK SHAKLEE yang mana memBANTU saya untuk menyingkirkan lemak2 tepu itu tapi saya amik baru 1tahun sedangkan lemak2 ni saya dah simpan 5tahun jadi ape yang perlu saya buat...WAJIB amik LECITHIN, OMEGA GUARD, HERB LAX, ESP, ALFAFA & OSTEMATRIK... ini yang saya rasa keperluan wajib saya amik kerna setiap 1 item ni mempuyai tugas sendiri...(meh baca lagi ye....rapat2 skit)

LECITHIN + OMEGA GUARD = Supebbb Power Pembakaran LEMAK (kata len lemak KOLESTROL) pembakaran lemak ni yang dok kat organ  dalam badan macam jantung, hati dan buah pinggang

HERB LAX + ALFAFA = Merupakan DETOX yang terbaik untuk mencuci kolon supaya tidak berlaku tersumbat .Jika tersumbat boleh mendatangkan kanser...BAHAYANYA

ESP ialah mengantikan semula sel2 yang rosak kepada sel2 baru...bila dah DETOX dah buang LEMAK kene la GANTI SEL BARU pulak baru la badan syokkk ja..bertenaga dan semangat..badan punjadi ringan jaa...tapi badan kita dan berusiakan so ape lagi yang kurang...KALSIUM ye x??

OSTEMATRIK merupakan sumber kalsium yang baik...untuk mengelakkan kita daripada kekurangan Kalsium...maklum la kita ni bila tah berumor tak bole minum susu so , ini la penganti susu yang terbaik

Ade kawan2 kat luar sana yang mengalami masalah seperti saya jom kita sama2 amik ni...

Macamana nak dapatkan semua ni...senang je...tekan - tekan no saya ni 0122309572 bercakap dengan haniliza...bila kawan2 bole menhubungi saya..bila2 pun bole tak ade sekatan waktu...sehari 24jam/7seminggu...

Klo kawan2 nak penerangan yang lain pun bole...ape2 saje masalah kesihatan kawan2 saya bole membantu...

#sayapengedarshakleeCODampangdankualalumpur
#naklebihdekatkawasanampangjalanampangpandanindahpandanjayabandarbaruampangpandanmewahdansekitarnya
#naklebihdekatklcherasflatkeramatjelateksetiawangsawangsamajudankawasansekitarnyatermasukuluklangdangombak
#hubungisaya0122309572hanilizapastidapatmenbantuanda
#kedaisayasentiasabuka24jam/7hariseminggu

Friday 18 September 2015

Ape syoknya ESP

Korang tau tak????

Kenapa saya sannnngggatttttt jatuh cinta dengan ESP Shaklee?????

Saya sebenarnya sama la macam kamu semua...tertanya2 ape tu Shaklee?? Apa bestnya ESP?? Kenapa ramai amik Shaklee??? Apa la yang bessttt sangat Shaklee ni sampaikan semua orang nak iklankan Shaklee di facebook, blog dan mana2 media sosial...

Asalnya sayaj sekadar nak tahu ja kenapa ramai tergila2 kan Shaklee??? Ye la MLM kan..ko buat ko kaya...eeiishhh menyusahkan la...sebab saya dah melibatkan diri dengan pelbagai lagi MLM lain antaranya Zhulian, Hai O dan lain2 la...tapi hanya hangat2 tahi ayam ja untuk 2@3 bulan yang pertama...lama2 hancuuussss sebab tak ade sesiapa yang nak bantuuuu...sebab tak tahu ape yang ade dalam MLM tu...sebabnya klo korang nak, buat la sendiri tapi saya xpandai nak buat ape..buatt bodo je la...( sekadar pengalaman dengan MLM yang tidak nampak penghujungnya....doluuuuu)

Tapi kini selepas mengenali apa itu Shaklee?? Kenapa ramai yang join Shaklee??? Apa kebaikkan dan kelebihan Shaklee??? Saya belajar dan mempelajari serba sedikit produk-produk yang pernah saya ambil. Saya mengambil Shaklee ketika mengandung lagi kerna saya inginkan  yang terbaikkk untuk kesihatan saya dan kandungan saya...(mengandung ank ke3 mcari utk pencegahan diabetis) memang tak sangka sanggggggat saya dapat plus plus kebaikkannya ketika mengandung malah kandungan saya sihat dan saya pun tak ade masalah2 yang biasa saya akan dapati ketika mengandung seperti kencing kotor, keputihan, lenguh2 badan sakit pinggang dan lain2 .. sepanjabg tempoh mengandung kali ni sangggat syyookkk rasa nak mengandung lagi sebab ringan ja badan...selepas bersalin memang saya niat untuk menyusukan baby sehingga 2 tahun....seperti anak2 sebelum ni...tapi ape yang perlu amik ye..nak mengharapkan makanan harian banyak yang tak cukup seimbang zat2 dan nutrisi...jadi kene la topup dengan sesuatu yang berkhasiat untuk si manja iaitu supplement....(tapi saya ni jenis takut nak mencuba sesuatu takut perkara yang tak elok terjadi...tapi alhamdulillah Allah tu mendengar ape yang kita inginkan dan DIA ketemukan dengan Shaklee..)

Selepas berpantang pula saya mencuba ESP di mana ia diberi oleh biras saya kerna dia tak lalu minum...Alhamdulillah rezeki saya nak bertemu semula dengan Shaklee...saya mencuba ESP memang best rupanya patut la ramai yang jaaaaatuuhhhhhh cinta sebab ESP memberikan tenaga supeebbbbb powerrrr...luar biasa bertenaganya...produkkkk susu saya pun menakjubkan pekat dan banyak....selepas dari itu saya terus melibatkan diri dengan Shaklee sebab inginkan menikmati harga ahli dan lain2nya...

Setelah setahun saya mengambil ESP saya perasan yang ESP telah memulihkan kulit saya yang dolunya kusam, berjeragat, berjerawat pasir dan berparut...tapi setelah konsisten lama kelamaan kawan2 ramai yang dah perasan dengan perubahan kulit muka saya....syukur Alhamdulillah xsangka sangat rupanya saya inginkan susu badan yang banyak, badan yang bertenaga..tapi saya  dapat lebih lagi seperti kulit saya lembut dan lembab seperti baby (itu kakak kandung saya yang puji..kembang bermangkuk2 la...), kulit nampak bersih malah kesan parut akibat pembedahan anak ke2 dah berkurangan....

Sejak itu saya kongsikan pengalaman saya dengan Shaklee ni bersama kawan2 pejabat, dan saudara mara....

Sekiranya anda inginkan yang terbaik, anda yang mampu mengubahnya...cerita ni ikhlas dari hati saya dimana ia adalah merupakan pengalaman saya yang indah....

Ingin dapatnya bole hubungi saya haniliza ditalian 012-230 9572 untuk penerangan lebih jelas... (sentiasa akan melayan permintaan dan pertanyaan anda) kepuasan anda keutamaan saya..

#shaklee
#kttESPshaklee
#kttyangterbaiktuhanyalahpilihananda

Tuesday 15 September 2015

Diabetis merupakan penyakit pilihan ramai..

Zaman kini DIABETIS bukan lagi penyakit yang luar biasa...malah menjadi perkara biasa...kerna ape? Kerana bilangan pengidapnya semakin meningkat....sebagai contoh di negara kita Malaysia seramai 700,000 orang pengidap diabetis dewasa yang berumur 30 tahun ke atas..namun baru2 ni penyakit ini telah menerangi generasi yang lebih muda..ada juga penyakit diabetis ni telah menerangi oleh bayi yang baru dilahirkan...

Perkara ini menunjukkan sangat membimbangkan kerana ia bukan Diabetis sahaja yang akan dihidapi tetapi pelbagai penyakit lain berisiko seperti Jantung, Strok, Kegagalan Buah Pinggang, Ulser Kaki dan Pemotongan.

Apakah tanda-tanda seseorang pengidap DIABETIS?

kerap membuang air kecil
     - terjadi disebabkan buah
     pinggang dirangsang oleh paras
     glukosa yang tinggi untuk
     mengeluarkan jumlah air kencing
     banyak dan sarat dengan glukosa.

dahaga yang berlebihan
     - disebabkan kerap membuang air
     kecil, pengidap diabetis merasa
     sangat dahaga dan akan meminum
     air dengan banyak untuk 
     menggantikan air yang telah     
     dikeluar.

♥  berat badan berkurangan
      - sel2 tidak mendapat makanan,
      oleh yang demikian pengidap akan
      berasa lapar, ini mengakibatkan
      kehilangan berat badan.

♥  mata menjadi kabur
      - penglihatan sangat terhad,
      menyebabkan tugasan harian
      terganggu terutama ketika
      memandu.

♥  badan menjadi lesu dan letih
     - badan kita mengalami keletihan
      seperti pekerja kontraktor yang
      berjemur ditengah panas.

Apa yang diperlukan sekiranya anda mengidap DIABETIS??

Menurut Dr. Bruce Miller, beliau merupakan Pakar Pemakanan yang Bertauliah mengenai makanan yang sesuai untuk para pengidap diabetis. Beliau menarankan pengidap diabetis untuk berdiet dan mengambil makanan tambahan dan herba2 untuk membantu mencegah dan melambatkan komplikasi jangka panjang...seperti yang disarankan oleh beliau adalah

☆ GENTIAN (Serat)
☆ EPA & DHA
☆ ASID GAMA LINOLENIK (GLA)
☆ VITAMIN E
☆ VITAMIN C
☆ B COMPLEX
☆ ZINK
☆ KALSIUM & MAGNESIUM

Ingin mendapatkannya dan memerlukan konsultasi mengenai sila call atau whatsapp 012-2309572 atau pm di fb Nor Haniliza Hanie

Friday 11 September 2015

Bahayanya Sembelit

Ramai orang sebenarnya mengalami masalah sembelit...tapi majoritinya ambil mudah tanpa mencari penyelesaiannya....JANGAN macam tu...BAHAYA .....JIKA KITA AMBIL MUDAH, atau orang jawa kata ENTING....

Semalam saya ikuti kelas kesihatan mengenai HIDUP GAYA SIHAT...adr kene mengene ke HIDUP GAYA SIHAT dgn SEMBELIT... pasti la ada...ADA sebab ianya kait mengait dengan pemakanan....dari pemakanan la jadinya HIDUP KITA SIHAT...

Cthnya jika kita mengambil makanan tanpa mengambil air secukupnya badan kita akan berlaku HIDRASI kekurangan air..jadi macam mana kita hendak membuang air besar sudah pasti la najis kita keras jadi bila keras berlaku la SEMBELIT...dah SEMBELIT kita biarkan...hari...esok..lusa dan seterusnya...usus kita pun akan rosak sedikit demi sedikit...kita tak tau pun usus kita bermasalah sebab belum jadi yang lebih teruk seperti najis berdarah, sering sakit bahagian perut, malah yang lebih teruk sekali membawa ke kanser dan kematian...

Apakah tindakan anda sekiranya berlaku pada diri anda dan orang tersayang???

Masih belum terlewat jika anda ingin yang terbaik...hubungi saya untuk konsultasi mengenainya lebih lanjut di...

Talian : 012-230 9572 [bila2 masa erti kata lain 24jam]
Ig        : @lizagojess_vitaminhebat
Blog    : permatamamagojess.blogger.com

Anda yang mengubah untuk kesihatan yang optimum....

Wednesday 2 September 2015

KENAPA PERLUNYA PROTEIN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Kepentingan protein untuk tubuh badan kita....
Kenapa pentingnya PROTEIN sebab ia merupakan faktor utama untuk pembentukan organ dan tisu-tisu dalam badan serta merupakan komponen utama kepada hormon manusia...

Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem badan untuk menentang pelbagai penyakit, masalah lebihan air dalam badan, penurunan massa otot-otot, rambut mudah putus dan gugur, pertumbuhan badan terbantut, mempunyai masalah penghadaman, masalah darah dan hormon serta kegagalan fungsi organ boleh membawa kepada kematian....

Dari mana nak mendapatkan protein yang cukup dan yang baik serta dari sumber semulajadi, berkesan dan selamat...

Iaitu protein dari Energizing Soy Protein (ESP) kerana ianya:

i) Membekalkan sebanyak 14gram setiap hidangan (3sudu).
ii) Membekalkan 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh badan dan di mana ianya tidak dibekalkan oleh badan sendiri...
iii) Tidak mengandungi non-GMO (Geneticaly Modified Organisme) diproses dengan suhu yang rendah.
iv) Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
v) Sesuai untuk semua peringakt umur dan jantina
vi) Sesuai juga pada pesakit-pesakit kencing manis, darah tinggi, dan penyakit-penyakit lain.
vii) Minuman ini tiada kolestrol dan tiada laktosa kerana ianya sumber semulajadi tumbuh-tumbuhan..

Untuk pengetahuan, bulan Mac ini tengah berlangsung Promosi ESP dimana dengan pembelian 6 tong percuma 1 tong atau dengan pembelian 2 tong diskaun sebanyak 5%..peniimatan berganda..

Andai tidak sukakan untuk mengambil makanan tambahan pastikan sekiranya makanan yang diambil cukup zat makanannya..kerana jika ianya tidak mencukupi akan memberikan kemudaratan kesihatan kita... Zaman sekarang pemakanan kita tak menjaminkan tahap membekalkan zat dan nutrien yang lengkap kerna sumber tanah dinegara kita telahpun kekurangan nutrien... sebagai contoh padi sekarang boleh ditanam 4x setahun tapi dahulu hanya 2x setahun sahaja..jadi lihatlah bagaimana tanah memberikan nutrien yang lengkap..itu belum lagi makanan lain yang disuntik untuk membesar dengan cepat dan sayur-sayuran yang gemuk-gemuk..

Anda penilai yang terbaik... carilah makanan yang Selamat, Berkesan dan Semulajadi...pilihan ditangan anda...

Sunday 16 August 2015

Hari Ulang Tahun Kelahiran

Syukur ke hadrat illahi, Tuhan masih panjangkan usiaku kini genap la usiaku 31 tahun...terima kasih Ya Allah kerna masih memberikan nafas yang panjang sehingga ke usia ni. Terima kasih kepada emak dan ayah saya kerna tanpa mereka saya tidak dilahirkan ke dunia ini..tanpa mereka juga saya tidak mengenal erti kehidupan... Ulang Tahun kali ini seperti biasa akan didahulukan oleh en somi dan diikuti dengan kakak kesayangan saya yang satu2 kakak saya dunia dan akhirat dan diikuti dengan mak saya..tima kasih mak sebab masih ingat besday kakcik..bukan mudah ye seorang ibu nak melupakan tarikh keramat kelahiran permata-permatanya beliau...al-maklum la dari cerita mak dan ayah semasa kelahiran saya, ayah bersusah payah menghubungi ambulans untuk mengambil mak saya yang sedang sakit untuk melahirkan saya ke hospital..paham2 la orang dolu2 bukan senang seperti kita sekarang hanphone sentiasa ditangan orang dolu2 xde hanphone hanya public phone je..jadi ayah saya turun naik ke rumah untuk menelepon ambulans tapi hampa, tunggu punya tunggu ambulans tidak sampai 3/4 kali ayah menelepon akhirnya talian kecemasan itu mengatakan ayah saya membuat panggilan palsu...kesudahannya saya pun dilahirkan dengan berbidankan ayah saya sendiri pada jam 2.10pagi..maka lahirlah seorang putri lagi dalam keluarga mak dan ayah. Dan ayah dan mak menamakan saya Nor Haniliza bt Zainal Abidin...(bermaksud cahaya kegembiraan) Hari ni dengan genapnya usia saya 31 tahun yang sudah berkeluarga dan lengkap dengan cahaya mata 2 lelaki dan seorang perempuan maka sempurna la kehidupan saya...tapi tahun ni sangat la saya tidak dapat lupakan pelbagai dugaan yang mendatang..apepun itu semua tersemat diminda saya...mohon la pada Tuhan agar memberikan lebih sinar kebahagian, kegembiraan, kemewahan dan kekayaan kepada saya sekeluarga.. Sungguh demikian, aku masih bersyukur rupanya masih ramai yang sayangkan aku..walaupun tika dan saat ni jiwa ku sangat bergelora dengan pelbagainya dugaan...biar la aku sendiri yang mengetahuinya..semua tu pahit manis kehidupan seharian... Dihari kelahiran saya, membaking la kek hari jadi sendiri sebab teringin sangat nak makan kek caremal hasil tangan sendiri itu untuk kali kedua..kali pertama buat keknya bantat..buat kali kedua pun masih bantat dimanakan salahnya proses membuat kek tu disebabkan bantat..sedihnya tapi berpuas hati sebab rasanya masa ada cuma keknya sahaja kene belajar lebih lagi...in sha Allah akan buat sehingga berjaya kerna masa membakingnya. Semasa membaking kek anak berdialog anak : mama dah ade beli lilin ke? saya : lilin untuk apa? anak : nk tiup kek kene ada lilin hari jadi..."anak bagi idea xpe la mama xde lilin pun xpe nanti mama buat2 la ade lilin...Ya Allah sayunya hati sebab sebelum membaking kek, saya telah merotannya atas kenakalan anak2 saya tapi akhirnya dia juga yang mengembirakan hati saya..Tima kasih sayang sebab menyinari kehidupan mama..moga sayang menjadi anak yang soleh berjaya dunia akhirat dan membanggakan mama suatu hari nanti dengan kejayaan sayang bila besar nanti...mama sayang abang long hingga akhir hayat mama sayang..hadiah untuk mama tahun ni dengan kecerdikan dan kepintaran anak mama....luvvv u sayang.. (mama mencoretkan kisah ini dengan linangan air mata mama yang tidak berhenti2...mengenangkan kisah semalam mama telah memukul saya anak2 mama)

Friday 14 August 2015

Syawal yang sangat bermakna 2015

Kita baru sahaja meraikan bulan yang mulia iaitu bulan Syawal di mana kita lepas menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan Syawal juga merupakan bulan yang mengeratkan siratulrahim dimana kita saling kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara, sahabat handai yang sudah lama tidak berjumpa dan saudara jauh. Kali ini syawal yang sangat bermakna buat saya yang mengguna dan mempromotkan Shaklee untuk kesihatan saya dan seisi keluarga samada keluarga dekat mahupun keluarga jauh.. apa yang saya mengatakan sangat bermakna adalah saudara dekat hanya merisik kabar mengenai Shaklee...(senyum lebar saya berikan padanya iaitu sepupu saya)..Syukur Alhamdulillah saya pada NYA kerna usaha saya untuk mengajak keluarga, saudara-mara ke arah yang lebih sihat terhasil..... Saya perkenalkan sepupu saya itu ialah Kak Nyah panggilan dalam keluarga tapi namanya Aina jadi disebabkan usia dan pangkat saya memanggilnya Kak Nyah lebih mesra...Ceritanya begini saya dan suami baru sahaja sampai dari Kedah (kampung mak saya) ke Perak (kampung opah sebelah ayah) untuk meraikan Syawal bersama dan juga memeriahkan majlis pertunangan adik Kak Nyah, tak ade rezeki saya majlis dah selesai..jumpe dengan sanak saudara yang len di rumah Mak Kak Nyah...dengan ini juga Kak Nyah mengambil kesempatan bertanya mengenai Vitamin C Shaklee ape kelebihannya...dengan serba ringkas saya mengatakan serba ringkas dan padat bahawa kelebihan Vitamin C ini ialah menguatkan sistem imum badan dan memberikan kesihatan badan.. selain itu juga Kak Nyah ini ada lingkaran gelap kat bawah mata yang pada saya teruk juga la berbanding dengan usianya yang muda... Selain itu juga, Kak Nyah ni menceritakan bahawa dia sering keletihan dan penat...dan juga kulit beliau juga sangat sensitif dengan pencuci kain dan pencuci pinggan mangkuk. Untuk permulaannya dengan keadaan beliau tidak mencukupi bajet jadi saya mengesyorkan untuk mengambil Vitamin C dolu kemudian baru tambah yang lain... Setelah saya balik ke rumah saya di Kuala Lumpur saya pun bertanyakan khabar pada Kak Nyah mengenai perubahannya yang berlaku selepas pengambilan Vitamin C berkenaan...Sungguh terkezut saya dengan berita yang disampaikan bahawa beliau mengambil dalam masa 4 hari saya beliau sudah menampakkan hasil yang kulit beliau bersih dan lembut berbanding sebelum ni kulit beliau kasar dan kusam...Alhamdulillah saya ucapkan kerna kesan yang begitu cepat beliau dapat..dan beliau juga mengatakan nanti ade bajet nak amik ESP pulak untuk membekalkan tenaga dan mengurangkan keletihan yang teramat sangat.

Tuesday 7 July 2015

Hari ini dalam Sejarah

Hari ini lahirlah sebuah blog yang bernama "permatamamagojess".. Dengan kelahiran "permatamamagojess" diharapkan segalanya berubah menjadi lebih bermakna dalam kehidupan seharian saya sekeluarga...Azam yang kuat juga telah melahirkan "permatamamagojes". Apa yang dimaksudkan dengan "permatamamagojess"...ia adalah dari anak-anak mama juga iaitu Muhammad Haziq, Muhammad Harith dan Nur Hanis Sofea, merupakan PERMATA mama dan papa yang tidak ternilai. Mereka merupakan pengarang jantung hati mama dan papa dengan keceriaannya, keletah ragamnya, kemanjaannya, gurau senda dan hiruk pikuk mereka membuatkan mama dan papa lebih gembira dan senang hati.. Lahirnya "permatamamagojes" juga adalah banyak perubahan yang berlaku dalam keluarga..maksud perubahan tu pertamanya syukur alhamdulillah kehadrat Illahi kerana telah memberikan kesihatan yang lebih baik dari sebelum ni.. keduanya memberikan semula kolagen dalam badan di mana ia memberikan kulit yang halus, gebuss, kulit muka yang bersih dari jeragat dan jerawat serta bermacam2 kebaikan yang saya dan suami dapat sejak ber SHAKLEE... Malah suami saya sangat la tak suka bila disuruh atau dihulurkan vitamin SHAKLEE ni cukup dia marah tapi akhirnya dengan Keterpaksaan suami pun makan dan beliau nampak hasilnya dengan seluarnya yang disimpan berbulan2 kini dah boleh disarung... Cukupla kat sini dolu Hari ini dalam Sejarah dengan memperkenalkan blog saya "permatamamagojess"...