Sunday 16 August 2015

Hari Ulang Tahun Kelahiran

Syukur ke hadrat illahi, Tuhan masih panjangkan usiaku kini genap la usiaku 31 tahun...terima kasih Ya Allah kerna masih memberikan nafas yang panjang sehingga ke usia ni. Terima kasih kepada emak dan ayah saya kerna tanpa mereka saya tidak dilahirkan ke dunia ini..tanpa mereka juga saya tidak mengenal erti kehidupan... Ulang Tahun kali ini seperti biasa akan didahulukan oleh en somi dan diikuti dengan kakak kesayangan saya yang satu2 kakak saya dunia dan akhirat dan diikuti dengan mak saya..tima kasih mak sebab masih ingat besday kakcik..bukan mudah ye seorang ibu nak melupakan tarikh keramat kelahiran permata-permatanya beliau...al-maklum la dari cerita mak dan ayah semasa kelahiran saya, ayah bersusah payah menghubungi ambulans untuk mengambil mak saya yang sedang sakit untuk melahirkan saya ke hospital..paham2 la orang dolu2 bukan senang seperti kita sekarang hanphone sentiasa ditangan orang dolu2 xde hanphone hanya public phone je..jadi ayah saya turun naik ke rumah untuk menelepon ambulans tapi hampa, tunggu punya tunggu ambulans tidak sampai 3/4 kali ayah menelepon akhirnya talian kecemasan itu mengatakan ayah saya membuat panggilan palsu...kesudahannya saya pun dilahirkan dengan berbidankan ayah saya sendiri pada jam 2.10pagi..maka lahirlah seorang putri lagi dalam keluarga mak dan ayah. Dan ayah dan mak menamakan saya Nor Haniliza bt Zainal Abidin...(bermaksud cahaya kegembiraan) Hari ni dengan genapnya usia saya 31 tahun yang sudah berkeluarga dan lengkap dengan cahaya mata 2 lelaki dan seorang perempuan maka sempurna la kehidupan saya...tapi tahun ni sangat la saya tidak dapat lupakan pelbagai dugaan yang mendatang..apepun itu semua tersemat diminda saya...mohon la pada Tuhan agar memberikan lebih sinar kebahagian, kegembiraan, kemewahan dan kekayaan kepada saya sekeluarga.. Sungguh demikian, aku masih bersyukur rupanya masih ramai yang sayangkan aku..walaupun tika dan saat ni jiwa ku sangat bergelora dengan pelbagainya dugaan...biar la aku sendiri yang mengetahuinya..semua tu pahit manis kehidupan seharian... Dihari kelahiran saya, membaking la kek hari jadi sendiri sebab teringin sangat nak makan kek caremal hasil tangan sendiri itu untuk kali kedua..kali pertama buat keknya bantat..buat kali kedua pun masih bantat dimanakan salahnya proses membuat kek tu disebabkan bantat..sedihnya tapi berpuas hati sebab rasanya masa ada cuma keknya sahaja kene belajar lebih lagi...in sha Allah akan buat sehingga berjaya kerna masa membakingnya. Semasa membaking kek anak berdialog anak : mama dah ade beli lilin ke? saya : lilin untuk apa? anak : nk tiup kek kene ada lilin hari jadi..."anak bagi idea xpe la mama xde lilin pun xpe nanti mama buat2 la ade lilin...Ya Allah sayunya hati sebab sebelum membaking kek, saya telah merotannya atas kenakalan anak2 saya tapi akhirnya dia juga yang mengembirakan hati saya..Tima kasih sayang sebab menyinari kehidupan mama..moga sayang menjadi anak yang soleh berjaya dunia akhirat dan membanggakan mama suatu hari nanti dengan kejayaan sayang bila besar nanti...mama sayang abang long hingga akhir hayat mama sayang..hadiah untuk mama tahun ni dengan kecerdikan dan kepintaran anak mama....luvvv u sayang.. (mama mencoretkan kisah ini dengan linangan air mata mama yang tidak berhenti2...mengenangkan kisah semalam mama telah memukul saya anak2 mama)

Friday 14 August 2015

Syawal yang sangat bermakna 2015

Kita baru sahaja meraikan bulan yang mulia iaitu bulan Syawal di mana kita lepas menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan Syawal juga merupakan bulan yang mengeratkan siratulrahim dimana kita saling kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara, sahabat handai yang sudah lama tidak berjumpa dan saudara jauh. Kali ini syawal yang sangat bermakna buat saya yang mengguna dan mempromotkan Shaklee untuk kesihatan saya dan seisi keluarga samada keluarga dekat mahupun keluarga jauh.. apa yang saya mengatakan sangat bermakna adalah saudara dekat hanya merisik kabar mengenai Shaklee...(senyum lebar saya berikan padanya iaitu sepupu saya)..Syukur Alhamdulillah saya pada NYA kerna usaha saya untuk mengajak keluarga, saudara-mara ke arah yang lebih sihat terhasil..... Saya perkenalkan sepupu saya itu ialah Kak Nyah panggilan dalam keluarga tapi namanya Aina jadi disebabkan usia dan pangkat saya memanggilnya Kak Nyah lebih mesra...Ceritanya begini saya dan suami baru sahaja sampai dari Kedah (kampung mak saya) ke Perak (kampung opah sebelah ayah) untuk meraikan Syawal bersama dan juga memeriahkan majlis pertunangan adik Kak Nyah, tak ade rezeki saya majlis dah selesai..jumpe dengan sanak saudara yang len di rumah Mak Kak Nyah...dengan ini juga Kak Nyah mengambil kesempatan bertanya mengenai Vitamin C Shaklee ape kelebihannya...dengan serba ringkas saya mengatakan serba ringkas dan padat bahawa kelebihan Vitamin C ini ialah menguatkan sistem imum badan dan memberikan kesihatan badan.. selain itu juga Kak Nyah ini ada lingkaran gelap kat bawah mata yang pada saya teruk juga la berbanding dengan usianya yang muda... Selain itu juga, Kak Nyah ni menceritakan bahawa dia sering keletihan dan penat...dan juga kulit beliau juga sangat sensitif dengan pencuci kain dan pencuci pinggan mangkuk. Untuk permulaannya dengan keadaan beliau tidak mencukupi bajet jadi saya mengesyorkan untuk mengambil Vitamin C dolu kemudian baru tambah yang lain... Setelah saya balik ke rumah saya di Kuala Lumpur saya pun bertanyakan khabar pada Kak Nyah mengenai perubahannya yang berlaku selepas pengambilan Vitamin C berkenaan...Sungguh terkezut saya dengan berita yang disampaikan bahawa beliau mengambil dalam masa 4 hari saya beliau sudah menampakkan hasil yang kulit beliau bersih dan lembut berbanding sebelum ni kulit beliau kasar dan kusam...Alhamdulillah saya ucapkan kerna kesan yang begitu cepat beliau dapat..dan beliau juga mengatakan nanti ade bajet nak amik ESP pulak untuk membekalkan tenaga dan mengurangkan keletihan yang teramat sangat.