Saturday 27 May 2017

Oksigen Lebih Dalam Badan

Assalamualaikum..

26 Mei 2017, paginya hari yang indah. Di opisku kami buat makan-makan untuk menyambut Ramadhan dan bersarapan pagi hari terakhir sebelum Ramadhan. Menu pagi ini nasi lemak ayam golek.. sedapnya tapi aku langsung tidak berselera mungkin disebabkan aku sedang sengugut. Pilihan aku hanyalah air teh tarik..

Sungguh tidakku sangka air teh tarik yang aku minum memudaratkan..bukannya aku tak boleh minum air teh tarik tu..malah ia merupakan air kegemaranku..selepas lebih kurang 20minit aku sakit2 badan, tengkuk dan dada..jadinya aku sapulah vick di dada, tengkuk dan hidung sebab aku merasanya tidak dapat bernafas dengan sempurna..aku berlari ke toilet dan terus muntah-muntah..

Selepas itu aku masuk semula ke opis dan buat sambung buat kerja..dalam lebih kurang 10minit aku merasakan tanganku sejuk sangat, dada dah ketat (susah nak bernafas), rasa kebas-kebas dari dada turun ke tangan dan naik pula ke muka rasa cam semut-semut maka mula aku rasa tak boleh bernafas, mujur masa tu aku dah panggil kawanku rasakan tanganku yang kebas-kebas dalam beberapa minit lepas tu kebas-kebas turun ke kaki...Ya Allah aku sungguh merasakan bahawa hari ini hari terakhirku di bumi ini...tapi fikiran aku masih waras dan boleh bercakap tapi agak perlahan..semua kawan opis menolong meringankan kebas-kebas diseluruh anggota..makanya kawan aku menelepon ambulan untuk pick up aku di opis.. (sepanjang usia dah 30-an ni ini kali 2 naik ambulan..aku dalam keadaan sedar tak sedar tapi aku masih mendengar setiap apa yang mereka katakan)..

Sampai di klinik (RSAT -Rumah Sakit Angkatan Tentera) aku dibantu oleh mereka dalam bahagian perubatan..cepat mereka buat, ambil darah, cek jantung, masukkan ubat dan lain-lain...dalam pada itu aku hampir separa sedar dan doktor mengatakan bahawa sakit aku ini ialah Oksigen Terlebih Dalam Badan nama dalam perubatannya aku tak pandai nak menyebut maap ye.. tapi inilah kali pertama aku alaminya..rasanya seakan-akan nyawa bagaikan diragut perlahan-lahan..Ya Allah Engkau masih sayangkan aku lagi untuk berada di bumi ini untuk menunaikan amanahmu untuk membesarkan anak-anakku..anak-anakku mempunyai 3 orang yang sulong berusia 7tahun dan yang bongsu 3tahun..

Setelah lebih kurang 2jam aku dirawat di RSAT doktor izinkan aku balik tetapi doktor menasihatkan supaya yang terlampau stress dan banyakkan berehat..

Dalam masa berehat aku diserang sekali lagi..akhirnya aku telan  Peppermint Ginger dan Vivix alhamdulillah rasa lega dan kurang rasa sakit yang mencengkam.

Motif of story..jagalah kesihatan diri kita. Kerana bila dan dimana kita akan sakit tidak pernah kita tahu. Jagalah pemakanan seharian kita supaya tidak memudaratkan badan. Bukannya nak cerita bila sakit ambil supplement tetapi kita perlu ambil sentiasa untuk kesihatan badan kita.

1 comment:

  1. Kita memang kurang minum teh tarik walaupun fav.. sekali sekala boleh la

    ReplyDelete