Tuesday 23 May 2017

Apom Susu Mudah

Assalammualaikum..

Mama Hanie ni sejak mengandungkan anak ketiga gemor bebenornya memasak.. tapi memasaknya bukan jenis lauk-pauk sebaliknya gemor buat kek simple-simple, apom-apom cam apom susu ke, roti kukus @ bakor ke makan dengan sos kastat peerhhh sedapnya..

Sejak dari itu asalkan anak-anak ada majlis mama Hanie akan mula la mengukus apom susu..tapi masalahnya buatnya 2 loyang kecil ja 8x8...seloyang dah habis ater camne ke gayanya...bagi je la mana yang ada..udoh niatkan teruskan je la..

Apom susu mudah versi mama Hanie senang ja bahan-bahannya..

Ade ke yang berminat nak mengukus apom susu versi mama Hanie yang mudah dah sedap hingga licin loyang bak hang...

Ok la mama Hanie kongsi sini je la resepi apom susu mama Hanie..

Bahan-bahannya;
5 biji telur ayam gred B
1/2 cawan gula putih
1 sudu besar ovelete
1/2 tutup perisa vanila
* 4 sudu besar susu pekat
** 2 cawan tepung gandum yang diayak
*** pewarna kesukaan..pilihan mama Hanie (biru, pink, kuning) {biru+pink=purple, biru+kuning=hujau, campuran warna pilihan mama Hanie..menarik dan ceria....pesanan khidmat jangan bubuh warna tu terlalu banyak...tak baik untuk kesihatan}.
[Cukup bahan-bahan ni bolehlah membuatnya].

Cara bancuhannya;
1) masukkan telur, gula, ovelete, perisa vanila mixed sampai gebussss.
2) kemudian masukkan susu mixed hingga sekata dan akhirnya masukkan tepung.
3) Bahagikan ikut warna kesukaan korang ye..3/4/5 warna. Suka hati la..janji lawoo.
4) Tuangkan ke dalam loyang /bekas yang cantik serta berselang-selikan warnanya sehingga habis..selepas itu, lorekkan dengan lidi dari luar ke dalam (tengah) dan dari dalam (tengah) ke luar...jadilah bentuk bunga...
5) Opppsss maap terlupa sebelum tu panaskan pengukus ye sebelum nak mengukus.
6) Pengukus dah panas masukkan loyang dan kukus sehingga masak lebih kurang 10-15minit mengikut besar yang dikukus..
7) Siap dan boleh di ngappp...perrhhh sedapnya..sedar-sedar dah habis..

Kalau tak paham boleh kita chat-chat sini www.wasap.my/0122309572

2 comments: